Name:
Email Address:
Address
Phone number
How can i help you? lose weight
gain weight
improve health
healthy breakfast
earn extra income
where do you live? PAHANG
KELANTAN
TERENGGANU
PERAK
KEDAH
JOHOR
PERLIS
KUALA LUMPUR
SELANGOR
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
SABAH
SARAWAK

Put a website form like this on your site.

Monday, August 25, 2008

INFO'S CORNER

3 Fakta Mengenai Kucing

at 10:55 PM
Pasti ramai diantara kita sukakan kucing dan ada juga yang takut atau geli dengan haiwan jinak ini. tetapi tahukan anda terdapat beberapa perkara yang menarik tentang kucing

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletakkannya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.
Menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan stress .

Menyentuh mengenai kucing ni, aku ada baca beberapa fakta menarik yang ingin aku kongsi mengenai kucing ni…
Orang yang menggemari kucing digelar sebagai Ailurophiles
Jantung kucing berdegup sebanyak 140 kali setiap minit, lebih kurang 2 kali lebih pantas dari manusia biasa
Kucing ada 5 jari di kaki hadapan manakali ada 4 jari di kaki belakang. Tak percaya, pergi intai kucing korang skarang.
Kucing suka sangat grooming. Kucing akan menggunakan 1/3 harinya untuk ber-grooming sahaja.
Kucing akan meluangkan masa untuk tidur selama 16 jam sehari.
Kekadang korang mesti pikir jijik apabila kucing korang bawa balik bangkai binatang macam burung ke, tikus ke. Tapi sebenarnya, diaorang nak bagi hadiah kat korang.
Kucing biasanya tak menganggap diri mereka sebagai manusia yang kecil, tetapi mereka menganggap manusia biasa ni adalah kucing yang besar.
Orang yang mencipta pintu untuk kucing adalah Isaac Newton
Hidung bagi setiap kucing adalah berbeza. Sama seperti dengan cap jari manusia.
Apabila kucing tu sedang berguling-guling depan korang, ia menunjukkan yang ia mempercayai korang.
Kucing akan menggunakan misainya untuk menjangka samada ruang/lubang untuk dia masuk adalah cukup besar untuk diorang.
Daya bau kucing adalah 14 kali lebih kuat dari manusia.
Aku bela kucing sebab, kucing tu boleh menenangkan fikiran. Kucing boleh buat kita gelak dan kucing juga boleh buat kita meradang. Tapi, ada juga manusia pelik yang suka makan kucing. Erk.. apekehel…??

YANG LEBIH PELIK.... SAYA MEMPUNYAI SEORANG KAWAN YANG SANGAT FOBIA TENTANG KUCING..... BILER NAMPAK KUCING JER SAYA TENGOK MUKER DIER MCM NAMPAK HANTU...HEHEHE...KELAKAR JUGAK.... TAPI BESER LA MANUSIA MESTI SETIAP ORANG DER SOMETHING YANG DIORG X SUKER SANGAT... MACAM SAYA...SAYA TAKOT DENGAN SPESIS CICAK...HEHEHE...